Thursday, May 29, 2014

Apakah PCOS?

Pernah dengar tak pasal PCOS..

PCOS iaitu Polycystic Ovarian Disease merupakan penyakit sistem repoduksi wanita di mana berlaku etidak seimbangan hormon dlm badan yg memberi kesan pada kitaran haid atau ovulasi sesorang.

Gejala utama pengidap PCOS

  • Haid yang tidak teratur (kdg2 ada,kdg2 2 ke 3 bulan tak datang haid) atau tidak wujud

  • Paras hormon Androgen yang tinggi

  • Polycistic Ovary (cyst di dalam ovari)

     

Antara Simptom-simptom lain pengidap PCOS ialah:

  • Pendarahan yg berat ataupon ringan semasa haid

  • Ketidakselesaan abdomen

  • Pertumbuhan rambut yg berlebihan di muka, dada dan belakang abdomen

  • Rambut gugur 

  • Jerawat 

  •  Masalah kesuburan

  • Obesiti (berat badan berlebihan)

Punca sebenar pnyakit ini masih belum diketahui.  Berkemungkinan disebabkan terdapat gangguan pd enzim yg mengawal pembentukan hormon di dlm tubuh. Melalui kajian hormon di dlm darah yang dikaji,kebanyakan wanita pengidap PCOS mengalami gangguan hormon spt paras hormon progesterone yang tinggi dan paras hormon testosterone yang rendah.

Diagnosa PCOS

-          Ujian darah LH/FSH pd hari ke 2 atau ke 3 haid
-          Ujian tahap testosterone
-          Imbasan ultrasound

Risiko wanita PCOS 
  •  Masalah kesuburan / sukar hamil 

  •  kencing manis 

  • tekanan darah tiinggi 

  • obesiti 

  • masalah kanser rahim

 

Rawatan:

Pil subur/ pil hormon/ consultasi penurunan berat badan terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment